JASIN – Sebiji bom lama seberat 227 kg ditemui di sebuah tapak projek di Kampung Air Panas, Bemban di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, bom itu ditemui seorang pekerja berusia 52 tahun ketika menjalankan kerja pengorekan tanah di tapak projek berkenaan kira-kira 3 petang.
“Siasatan awal oleh Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin mengesahkan objek berkenaan ialah sejenis aerial bomb seberat 227 kg, berdiameter antara 27 hingga 36 sm dan sepanjang 1.14 m.
“Bom yang telah berkarat itu dijadualkan dimusnahkan hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang awam serta kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat serta menjejaskan ketenteraman awam. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
