Pelajar UPSI lemas dihanyutkan arus ketika cuba selamatkan rakan

SHAH ALAM – Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di kawasan Air Terjun Kedondong, Batang Kali, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.46 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa lelaki berusia sekitar 20-an itu berada di kawasan berkenaan bersama lima rakan.

Namun, saksi memaklumkan mangsa bertindak terjun ke dalam air untuk menyelamatkan rakannya, namun dia dihanyutkan arus deras.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Anggota penyelamat berjaya menemukan mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, rakan mangsa berjaya diselamatkan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *