Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak

WASHINGTON – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengumumkan, Disney bersetuju membayar penalti sivil berjumlah AS$10 (RM40.5 juta) bagi menyelesaikan dakwaan pelanggaran undang-undang privasi kanak-kanak persekutuan melalui kandungan popularnya di YouTube.

Lapor Anadolu Ajansi, penolong Peguam Negara Bahagian Sivil, Brett A. Shumate berkata, pihaknya komited memastikan ibu bapa mempunyai hak untuk menentukan bagaimana maklumat anak-anak mereka dikumpul dan digunakan.

“Jabatan Kehakiman akan mengambil tindakan pantas bagi membanteras sebarang pelanggaran hak ibu bapa untuk melindungi privasi anak-anak mereka,” katanya dalam kenyataan.

Selain mengenakan penalti AS$10 juta, perintah mahkamah turut melarang Disney daripada beroperasi di YouTube dengan cara yang melanggar Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-Kanak (COPPA) dan peraturan berkaitan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Disney juga diwajibkan mewujudkan program pematuhan bagi memastikan syarikat itu mematuhi COPPA di platform YouTube pada masa hadapan. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *