2 beranak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu

PETALING JAYA – Dua beranak maut dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, mayat wanita warga emas berusia 82 tahun dan anak lelakinya berusia 58 tahun ditemui dalam tandas di rumah berkenaan, dipetik laporan Berita Harian.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur sebelum itu menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS NG 999 pada jam 7.18 pagi memaklumkan kejadian kebakaran sebuah rumah.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Gombak Selatan kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah berkeluasan 20 x 20 kaki persegi.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera bagi memadam kebakaran dan mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitar.

“Dalam kejadian itu, dua mangsa iaitu masing-masing seorang lelaki dewasa dan wanita warga emas ditemui dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.27 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *