Air Mata Lega Iringi Hari Terakhir SPM 88 Calon MMRP

Oleh: Abdul Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Wajah kelegaan, senyuman dan air mata kegembiraan jelas terpancar kepada 88 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) apabila mereka menamatkan peperiksaan terakhir hari ini dengan kertas Bahasa Arab yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 10.45 pagi.

Peperiksaan yang bermula pada 25 November lalu itu berakhir dalam suasana terkawal tanpa sebarang gangguan, termasuk musibah banjir yang sering menjadi kebimbangan calon dan ibu bapa di kawasan ini pada setiap musim tengkujuh.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) MMRP, Ramli Abdul Latif berkata, pihak sekolah bersyukur apabila semua calon dapat menamatkan peperiksaan dengan selamat hasil perancangan awal yang dilakukan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Alhamdulillah, hari ini bukan sahaja menandakan berakhirnya peperiksaan, tetapi juga berakhirnya debaran panjang yang dilalui oleh para pelajar. Kami amat bersyukur kerana mereka dapat melalui detik penting ini tanpa sebarang musibah,” katanya.

Menurut beliau, pihak sekolah telah bersedia lebih awal dengan pelan pemindahan calon ke pusat peperiksaan alternatif di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas serta penginapan di asrama Maahad Muhammadi Pasir Mas sekiranya berlaku banjir.

Katanya lagi, sebahagian calon akan menamatkan pengajian di MMRP, manakala sebahagian lagi dijangka menyambung pengajian bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun depan.

Seorang calon yang juga ketua pelajar, Wenn Norlie Mohd Noor menzahirkan rasa syukur dan terharu selepas menamatkan peperiksaan terakhirnya di MMRP.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Saya menimba ilmu di sini selama lima tahun dan hari ini terasa sangat bermakna. Banyak kenangan, cabaran dan pengorbanan yang dilalui bersama rakan-rakan serta guru-guru,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pendidik yang tidak jemu membimbing pelajar sepanjang tempoh persekolahan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik, menasihati dan mendoakan kami sehingga ke hari ini.

“Segala ilmu dan tunjuk ajar akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya lagi.

Dalam suasana cuti yang bakal bermula, Ramli turut menitipkan pesanan kepada pelajar agar memanfaatkan masa dengan perkara berfaedah serta membantu ibu bapa di rumah sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.

Sementara itu, Setiausaha Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) MMRP, Che Aziana Abdul Aziz berkata, semua calon SPM diwajibkan memulangkan buku teks hari ini bagi kegunaan pelajar baharu tahun hadapan.

Menurutnya, setiap pelajar perlu memulangkan sebanyak 28 buku teks melibatkan 18 buku akademik dan selebihnya buku mata pelajaran Bahasa Arab dan pelajar gagal berbuat demikian perlu membuat bayaran mengikut kadar ditetapkan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

One thought on “Air Mata Lega Iringi Hari Terakhir SPM 88 Calon MMRP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *