Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, beberapa cedera dalam letupan gas di Kaherah

KAHERAH – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa lagi cedera selepas letupan gas mengakibatkan sebuah bangunan runtuh di wilayah Giza berhampiran Kaherah pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan rasmi dan laporan media tempatan.

Letupan yang berlaku di daerah Imbaba itu menyebabkan sebuah bangunan kediaman runtuh, menurut kenyataan Kementerian Petroleum Mesir.

Ia dipercayai berpunca daripada kebocoran gas daripada sebuah silinder gas petroleum cecair di dalam sebuah pangsapuri.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian, menurut kenyataan itu.

Media tempatan melaporkan bahawa letupan turut menyebabkan kerosakan pada struktur bangunan berhampiran. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *