NAKHON PATHOM, THAILAND – Penganjuran Sukan SEA ke-33 terus mencuri tumpuan apabila Nakhon Pathom Gymnasium Stadium diumumkan sebagai venue terbaik dalam sejarah sukan sepak takraw dan Chinlone sejak 1967, menurut pengesahan rasmi Asian Sepaktakraw Federation (ASTAF).
Presiden ASTAF yang juga Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader (AHK) mengumumkan penilaian tersebut dalam satu temu bual di venue pertandingan semalam.
Beliau yang juga Technical Delegate untuk Sukan SEA 2025 menyifatkan kemudahan di stadium berkenaan sebagai “paling bersedia” dalam 22 edisi temasya yang pernah dipantaunya.
“Ini adalah venue paling moden, paling lengkap dan paling sempurna untuk sukan sepak takraw dan Chinlone,” kata AHK.
Menurutnya, persediaan rapi Thailand jelas kelihatan sebaik pintu stadium dibuka kepada pegawai serta delegasi negara-negara peserta.
Venue yang terletak di wilayah bersejarah Nakhon Pathom itu menampilkan gabungan teknologi, keselesaan dan reka bentuk yang mengatasi penganjuran terdahulu.
Stadium mengekalkan suhu stabil sepanjang hari, dengan pengudaraan moden yang membantu meningkatkan prestasi atlet serta keselesaan penonton.
Menggunakan teknologi yang sama seperti Asian Beach Games Qingdao 2019, sistem LED ini menyampaikan skor, maklumat perlawanan dan grafik rasmi ASTAF/ISTAF dalam resolusi HD.
Nakhon Pathom Gymnasium pernah menjadi venue kepada kejohanan besar seperti World Volleyball Championship Series, Thailand King’s Cup Sepak Takraw dan Kejohanan Universiti serta tahap Asia.
Stadium tampil dengan susun atur “rainbow seating” melambangkan semangat ASEAN, lantai gelanggang magenta khusus oleh Marathon Thailand, serta sudut pandang 360° tanpa halangan untuk pengalaman tontonan optimum.
Polis bertugas di semua pintu masuk, disokong sistem CCTV menyeluruh dan kawalan akreditasi ketat bagi melancarkan pergerakan atlet serta pegawai.
Antaranya bilik solat untuk pegawai dan atlet Muslim, laluan pergerakan pemain yang disusun khas, serta ITO Lounge lengkap dengan makanan ringan dan sokongan teknikal.
Dalam kenyataan penutup, Datuk Abdul Halim menyifatkan venue itu sebagai “Superb and splendid — satu pengalaman kejohanan bertaraf dunia yang akan dikenang.”
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Thailand, Komiti Penganjur Sukan SEA 2025 dan persatuan sukan tempatan atas komitmen tinggi mereka memastikan standard tertinggi dicapai.
ASTAF optimis bahawa kemudahan bertaraf dunia ini akan memberi motivasi tambahan kepada atlet untuk mempamerkan aksi terbaik sepanjang temasya. Dengan standard baharu yang ditetapkan Thailand, Sukan SEA 2025 dijangka menjadi antara edisi paling berkualiti dalam sejarah sukan sepak takraw dan Chinlone.
Laporan: ASTAF News & Media Unit, Nakhon Pathom, Thailand
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001