Albert Tei dan Shamsul mengaku tidak bersalah beri dan terima rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli ahli perniagaan, Tei Jiann Cheng masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menerima dan memberi rasuah.

Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin berdepan dengan empat pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral sabah.

Manakala Tei juga berdepan dengan empat pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM176,829.03 bagi mendapat kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, kedua mereka, Shamsul Iskandar, 51, dan Tei, 37, didakwa telah secara rasuah bersetuju menerima dan memberi satu suapan wang tunai sejumlah RM140,000 bagi membantu syarikat-syarikatnya yang mempunyai kepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Shamsul didakwa melakukan perbuatan itu pada 24 November 2023 dan 29 Januari 2024, manakala Tei didakwa melakukan perbuatan itu pada 7 Disember 2023, 29 dan 31 Januari 2024 di tempat sama, di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan kedua dan keempat, Shamsul dan Tei didakwa telah secara rasuah memperoleh satu suapan, iaitu kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM36,829.03, manakala Tei didakwa telah memberikan satu suapan iaitu kelengkapan perabot dan barangan elektrik dengan nilaian yang sama daripada dan kepada individu yang sama bagi tujuan sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM30,000 kepada Shamsul dengan dua orang penjamin, pasport diserahkan kepada pihak mahkamah, tertuduh perlu menyerahkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM serta tidak mengacau saksi.

Peguam Joshua Tay yang mewakili tertuduh memohon ikat jamin dikenakan sebanyak RM50,000 atas alasan anak guamnya mempunyai sakit serius dan akan memberikan kerjasama sepanjang perbicaraan.

Tei pula dicadangkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan dua orang penjamin, pasport diserahkan kepada pihak mahkamah, tertuduh perlu menyerahkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM serta tidak mengacau saksi.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Tei memohon ikat jamin dikenakan sebanyak RM30,000 atas alasan anak guamnya sentiasa memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan.

“Pasport anak guam saya (Tei) telah diserahkan kepada mahkamah. Anak guam saya telah pun hadir sebanyak tujuh kali untuk memberi maklumat-maklumat di Mahkamah Sabah secara sukarela.

“Beliau juga perlu menjaga kedua-dua ibu bapa dan keluarga mentua beliau,” katanya di dalam mahkamah hari ini.

Hakim Suzana Hussin kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM70,000 bersama tiga syarat tambahan yang dimohon oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Januari 2026 bagi sebutan semula kes.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *