Pengasas Chagee bakal kahwini anak jutawan

SHANGHAI – Perkahwinan pengasas jenama teh susu Chagee, Zhang Junjie, bersama anak pengasas Trina Solar, Gao Haichun, menarik perhatian dan tular dalam talian di China.

Memetik South China Morning Post, majlis itu bakal berlangsung di sebuah hotel mewah di Changzhou pada 15 Disember ini.

Kedua-duanya berusia 32 tahun. Gao adalah graduan Universiti Brown, Amerika Syarikat (AS) serta anak tunggal.

Dalam pada itu, Zhang dibesarkan dalam kemiskinan di Kunming, Yunnan, sebelum menjadi yatim piatu pada usia 10 tahun dengan butiran mengenai keluarganya tidak didedahkan.

Pada usia 17 tahun pula, dia bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai teh susu dan belajar membaca serta menulis setahun kemudian.

Dia kemudian dinaikkan pangkat daripada pembantu pengurus kepada pengurus dan penyelia wilayah sebelum menjadi ejen dan rakan francais jenama itu dalam tempoh lima tahun.

Zhang pernah bekerja di sebuah syarikat robotik di Shanghai dari 2015 hingga 2017 sebelum melancarkan Chagee pada November 2017, sebuah jenama teh susu yang diinspirasikan oleh estetika tradisional China.

Chagee kini memiliki 6,000 cawangan dan disenaraikan di indeks pasaran NASDAQ di AS, pada April lalu.

Dia juga pernah menyatakan kepada media mengenai cita-citanya untuk menyaingi Starbucks dengan penawaran teh China.

Media melaporkan, Zhang dan Gao bertemu di sebuah acara jaringan usahawan muda dan mendaftarkan perkahwinan pada Jun lalu.

Pada 21 November lalu, Zhang menafikan khabar angin bahawa dia pernah berkahwin dan mempunyai anak dengan anak seorang jutawan kurang upaya.

Khabar angin itu pernah menyebabkan mahkamah di Shanghai mengarahkan individu yang bertanggungjawab untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Zhang awal tahun ini.

Berita perkahwinan mereka tular di media sosial dengan 87 juta tontonan dan menerima pelbagai pujian pengguna internet.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *