MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka berterusan sehingga esok, membabitkan beberapa daerah di Kelantan serta Besut di Terengganu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala Besut di Terengganu turut berada dalam amaran sama.

Selain itu, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan sehingga 26 Nov bagi seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, serta beberapa kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Bagi tahap Waspada, beberapa daerah di Perak (Hulu Perak, Manjung), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Kuantan) dijangka mengalami hujan berterusan dalam tempoh sama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi MetMalaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *