Kemenangan Zohran Mamdani Lambang Kebangkitan Politik Nilai – Dr. Mujahid

KUALA LUMPUR – Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York bukan sekadar kejayaan peribadi seorang Muslim, tetapi simbol kemenangan politik nilai berteraskan kemanusiaan dan keadilan sejagat.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kejayaan Mamdani muncul ketika dunia sedang menyaksikan kebangkitan politik berasaskan kebencian kaum dan agama, menjadikan kemenangan itu satu isyarat penting terhadap kebangkitan politik berteraskan nilai manusiawi.

“Mamdani membawa mesej politik kemanusiaan dan keadilan tanpa perlu bersikap apologetik terhadap tekanan politik kanan konservatif mahupun liberal demokratik yang lazim dalam politik Amerika,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr. Mujahid turut memuji ketegasan Mamdani dalam memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat, termasuk pendiriannya mengenai Palestin yang tidak tunduk kepada tekanan lobi Israel.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau juga menekankan, perjuangan Mamdani membela rakyat New York yang berdepan kos sara hidup tinggi melalui pendekatan sosialisme dan penyediaan perkhidmatan awam percuma.

Katanya, sokongan besar terhadap Mamdani turut disumbangkan oleh golongan imigran yang selama ini berdepan diskriminasi, khususnya di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

“Hampir 38 peratus penduduk New York City merupakan rakyat Amerika yang lahir di luar negara.

“Menariknya, kemenangan Mamdani memberi harapan kepada politik alternatif yang menawarkan penyelesaian manusiawi ketika dunia dihimpit oleh politik identiti dan kebencian,” jelasnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dr. Mujahid turut menyeru agar Malaysia mengambil pengajaran daripada kemenangan tersebut dengan menilai semula pendekatan politik toksik berasaskan kaum dan agama.

Katanya, Malaysia perlu menumpukan kepada pembinaan masyarakat dan negara yang adil, rahmah dan manusiawi.

Bahkan, ujar beliau, politik nilai mesti dijadikan teras dalam mengurus kepelbagaian.

Beliau berkata, walaupun Mamdani hanya menang di peringkat bandar New York, mesej kemenangannya membawa inspirasi kepada seluruh dunia mengenai pentingnya kebangkitan politik nilai menentang racun politik identiti.

“Tahniah kepada Mamdani. Kemenangannya membawa sinar baharu kepada politik nilai yang diyakini akan menjadi pilihan rakyat dunia bagi menghadapi politik sempit berasaskan kaum dan agama,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *