KOTA BHARU – Suspek yang menembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Thailand pada Sabtu lepas melakukan serangan itu bersama adiknya.
Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat, berkata adiknya melarikan diri selepas serangan dan masih bebas, berdasarkan maklumat.
Beliau berkata mereka dianggap berbahaya kerana mampu menggunakan senjata api dan menembak mangsa dengan kejam.
“Maklumat kita peroleh daripada polis Thailand suspek utama ditahan selepas menyerah diri kira-kira 6 petang (waktu tempatan Thailand) semalam.
“Selain itu, polis menyiasat mengenai dakwaan suspek dikatakan mempunyai dua kerakyatan,” katanya.
Yusoff berkata polis tidak mempunyai rekod melibatkan suspek di Malaysia, namun akan melakukan siasatan lanjut berpandukan maklumat yang bakal diperolehi.
“Buat masa sekarang kita sedang menunggu maklumat daripada polis Thailand termasuk latar belakang suspek,” katanya.
Polis turut mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan adik suspek.
Hari ini, Bernama melaporkan suspek yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, menyerah diri kepada polis Thailand semalam.
Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        