Pempengaruh wanita Taiwan ditemui mati dalam bilik hotel, Namewee akan ditahan bantu siasatan – KP KL

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Taiwan yang aktif di media sosial berusia 31 tahun ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian, penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, turut berada dalam bilik sama.

Namewee, kemudiannya ditahan selepas polis mengesyaki dia memiliki dan menggunakan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh.

“Dalam laporan sebelum ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) terhadap wanita warga asing yang ditemui di Banyan Tree Hotel, di sini, pada 22 Oktober lalu.

“Kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut kes sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada klasifikasi kes ditukar dari SDR kepada siasatan kes bunuh, Namewee akan ditahan dalam masa terdekat.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari 22 Oktober lalu, mangsa Hsieh Yun Hsin, wanita Taiwan yang aktif di media sosial ditemui terbaring dalam tab mandi.

Dia dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *