PM ucap takziah atas pemergian tokoh sejarawan Ahmat Adam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga tokoh sejarawan Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam yang meninggal dunia petang semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Allahyarham yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasakan jati diri bangsa melalui sejarah sebagai kehilangan seorang sarjana besar negara.

“Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian Allahyarham.

“Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook semalam.

Allahyarham Ahmat antara 17 tokoh yang dilantik menganggotai Majlis Sejarawan Negara yang ditubuhkan pada September lalu.

Beliau ialah Profesor Emeritus dalam bidang ilmu sejarah dan mula bergiat menulis sejak 1970-an.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *