Dua penunggang motosikal maut, seorang parah

KUCHING – Dua penunggang motosikal maut, manakala seorang parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Sare, Sarikei, pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nyaring Achang berusia 43 tahun dan Louis Asey berusia 58 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 9.35 pagi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta, di mana terdapat tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, iaitu dua lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

“Dua lelaki merupakan penunggang motosikal disahkan oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang wanita berusia 58 tahun cedera parah dan dihantar ke Hospital Sarikei dengan ambulan KKM.

Pasukan bomba membantu polis dan KKM untuk mengangkat mangsa kemalangan ke kawasan selamat.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan kes masih dalam siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *