SHAH ALAM – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula hari ini, melibatkan lebih 413,000 calon di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik seramai 127,526 petugas yang akan bertugas sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
KPM dalam kenyataannya turut memaklumkan pihaknya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau wabak penyakit bagi memastikan calon dapat menduduki peperiksaan tanpa gangguan.
Peperiksaan dijalankan secara berfasa bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dari 3 hingga 6 November, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 10 hingga 13 November.
Ujian Amali Sains pula dijadualkan dari 17 hingga 19 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan berlangsung pada 20 November.
Fasa terakhir ialah peperiksaan bertulis yang akan bermula 25 November hingga 23 Disember ini.
KPM turut menasihatkan semua calon agar merujuk jadual rasmi peperiksaan bagi memastikan mereka hadir pada tarikh dan waktu yang tepat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
