Israel keluar 30 perintah roboh, henti pembinaan dekat Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa Israel mengeluarkan kira-kira 30 perintah roboh yang menyasarkan rumah penduduk Palestin di Bandar Issawiya dan Za’im di utara Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, Pentadbiran Gabenor Baitulmaqdis memaklumkan rejim Israel pada Isnin telah mengeluarkan 15 perintah henti kerja dan roboh yang menyasarkan rumah yang dibina tanpa permit.

Sebanyak 15 lagi perintah dikeluarkan terhadap komuniti Badwi al-Sa’idi di timur Bandar Za’im.

Antara yang terbabit ialah Ahmed Awda Sa’idi, Awda Ahmed Sa’idi, Khaled Awda Sa’idi dan Muhammad Awda Sa’idi.

Pentadbiran itu menambah bahawa notis-notis berkenaan dikeluarkan ketika peningkatan berterusan tindakan Israel terhadap kawasan di Baitulmaqdis.

Ia juga adalah sebahagian daripada dasar sistematik yang bertujuan mengusir penduduk secara paksa serta mengosongkan kawasan terbabit daripada penduduk asalnya.

Tindakan itu turut dilihat sebagai usaha untuk menekankan hakikat demografi baharu yang melemahkan kehadiran Palestin di kota berkenaan.

Secara langsung, ia memudahkan peluasan penempatan haram di sekitarnya serta melaksanakan Projek E1 di bawah pelan ‘Baitulmaqdis Raya’.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *