Colombia panggil pulang duta ke AS susulan ketegangan memuncak

ISTANBUL – Colombia memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Daniel Garcia-Pena, Duta Colombia ke Amerika Syarikat, telah dipanggil pulang untuk rundingan oleh Presiden Gustavo Petro Urrego,” menurut kenyataan Kementerian Luar Colombia dari Bogota, ibu negara negara itu.

Kerajaan akan mengumumkan keputusan selanjutnya “dalam beberapa jam akan datang,” menurut kenyataan itu lagi.

Tindakan itu diambil selepas Presiden AS Donald Trump menuduh Gustavo Petro sebagai “ketua dadah” dan mengumumkan penggantungan semua bantuan ekonomi kepada negara itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Petro membalas pada Ahad bahawa Trump telah “dikelirukan” oleh penasihat-penasihatnya.

Pemimpin Colombia itu berkata beliau adalah orang yang mendedahkan kaitan antara aktiviti pengedaran dadah dengan kuasa politik di negara berkenaan.

Pertikaian itu merupakan yang terkini dalam siri ketegangan antara kedua-dua negara sejak Trump kembali ke Rumah Putih untuk penggal kedua pada Januari lepas.

Perkembangan sebelum ini termasuk keputusan AS mengeluarkan Colombia daripada senarai negara yang memerangi dadah serta pembatalan visa Petro bulan lepas susulan kenyataannya semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *