Lawatan Trump berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN, bukan jemputan dua hala daripada Malaysia

KUALA LUMPUR – Jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang di Kuala Lumpur pada Oktober ini perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi hubungan ASEAN yang lebih luas dan bukan inisiatif Malaysia semata-mata.

Pengarah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata kehadiran Trump adalah di bawah kerangka ASEAN-AS, disampaikan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dan bukan jemputan langsung daripada Malaysia sendiri.

“Ini bukan Malaysia menjemput AS. Ia adalah ASEAN, dengan Malaysia sebagai pengerusi menjemput AS.

“Oleh itu, beliau bukan datang ke Malaysia dalam konteks dua hala tetapi sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN-AS,” katanya pada sesi di RAM Forum 2025: Building Resilience and Future-Proofing Amid Shifting Sands hari ini. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *