PUTRAJAYA – Seramai 12 daripada 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan telah ditahan oleh tentera Israel, menurut maklumat terkini yang diterima daripada Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).
Penahanan itu berlaku selepas kapal yang dinaiki kumpulan berkenaan dipintas oleh pasukan keselamatan Israel semalam, ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan.
Setakat jam 11 pagi ini, SNCC memaklumkan sembilan lagi rakyat Malaysia belum dapat dipastikan status mereka, manakala dua dilaporkan masih meneruskan pelayaran.
Pihak berkuasa Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan pertubuhan antarabangsa dan pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan kesemua rakyat Malaysia yang terlibat.
Kementerian Luar Negeri dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Mereka yang ditahan ialah Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana) yang menaiki kapal Kapal Huga, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Kapal Alma), Iylia Balqis Suhaimi (Alma), Sul Aidil (Alma), Haikal Abdullah (Sirius), Muhammad Muaz Zainal Abidin (Sirius), Zulfadhli Khiruddin (Sirius), Rusydi Ramli (Sirius), Nur Heliza Helmi (Hio), Nur Hazwani Afiqah Helmi (Hio), Nurfarahin Romli @ Farah Lee (Grande Blu) dan Danish Nazran Murad (Grande Blu).
Peserta Sumud Flotilla yang belum diketahui status mereka ialah Rahmat Ikhsan (PU Rahmat) yang menaiki kapal Estrelle, Norhelmi (Estrelle), Mohd Asmawi (Estrelle), Norazman (Estrelle), Nurul Hidayah Mohd Amin @ Ardell Aryana (Mikeno), Razali Awang (Inana), Muhd Haikal Luqman Zulkefli (Free Willy), Dr. Taufiq Mohd Razif (Free Willy) dan Muhammad Hareez Adzrami @ Haroqs (Free Willy).
Peserta yang masih dalam pelayaran hanya dua iaitu Zainal Rashid Ahmad (ZRA) yang menaiki kapal Fair Lady dan Muhammad atau Ustaz Mad Kechik (Fair Lady).
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001