Sasterawan Rejab Ismail meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Dunia sastera tanah air kehilangan seorang tokoh besar apabila Rejab Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena Rejab F.I. meninggal dunia, awal pagi ini.

Bernama melaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Perlis dalam usia 84 tahun.

Namun, tiada pengesahan punca kematian penulis tersohor itu dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, halaman Facebook Dewan Sastera memuat naik hantaran mengenai pencapaian luar biasa Allahyarham Rejab.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rejab meninggalkan legasi penulisan yang sangat luas, dengan lebih 135 judul buku merangkumi 45 novel, 23 antologi cerpen, empat kumpulan puisi serta lebih 200 cerpen dan 400 puisi yang pernah disiarkan dalam pelbagai penerbitan tanah air.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia kepengarangan, beliau juga menghasilkan 15 skrip drama televisyen, 20 skrip drama radio dan empat skrip drama pentas.

Antara karya pentingnya ialah kumpulan cerpen Papervine yang dianggap karya malar segar dan diterbitkan semula tahun ini dalam siri Karya Malar Segar Penerima SEA Write Award.

Rejab F.I. pernah menerima pelbagai pengiktirafan, antaranya SEA Write Award (Malaysia) 2016, Hadiah Sastera Nasional (1971 & 1972), Hadiah Sastera Esso-GAPENA (1985) serta Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (1994, 1995, 1996, 1997 dan 1999).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Malah, beberapa karya beliau pernah dipilih sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) dan Kesusasteraan Melayu, antaranya novel Sejambak Bakti yang dijadikan teks bacaan untuk Tingkatan Satu di beberapa zon persekolahan.

Sebahagian cerpen dan puisinya juga pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia, Mandarin dan Inggeris. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *