Sindiket seludup minyak masak: Reman ‘Datuk John’ dilanjut 3 hari

PETALING JAYA -Reman ‘Datuk John’ yang disyaki ketua sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi disambung tiga hari.

Harian Metro melaporkan perintah lanjut reman itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid sehingga 1 Okt ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan minyak masak bersubsidi dengan niat melakukan kesalahan.

Sebelum ini, lelaki berusia 28 tahun itu direman empat hari, lapor FMT.

Terdahulu, lapan individu termasuk dua anggota penguat kuasa ditahan kerana disyaki terbabit sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi Khamis lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan, Azman Ismail dilaporkan berkata 11,050kg minyak masak bersubsidi dianggarkan bernilai RM27,625 dirampas dan lapan anggota sindiket, termasuk ketua sindiket dikenali ‘Datuk John’ ditahan dalam serbuan di Kota Bharu serta Pasir Puteh.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *