Lelaki maut akibat wabak sampar di Mongolia selepas makan daging marmot

ULAN BATOR – Kementerian Kesihatan Mongolia pada Isnin mengesahkan kes wabak sampar yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 24 tahun di Tsagaan-Uul soum, Wilayah Khuvsgul, lapor Xinhua.

Menurut kementerian, lelaki itu meninggal dunia selepas memakan daging marmot, dengan ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) mengesahkan wabak sampar sebagai punca kematian.

Pihak berkuasa sudah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakan daging marmot.

Walaupun memburu marmot adalah haram di Mongolia, haiwan pengerat itu dianggap sebagai makanan istimewa oleh segelintir masyarakat dan larangan terbabit sering diabaikan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak sampar ialah penyakit bakteria yang merebak melalui kutu yang hidup pada haiwan pengerat liar seperti marmot, dan boleh membunuh orang dewasa dalam tempoh kurang 24 jam jika tidak dirawat segera.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *