JAKARTA – Gabenor Jakarta, Pramono Anung, mengesahkan bahawa keadaan di ibu kota kini kembali stabil selepas dua minggu dilanda demonstrasi besar-besaran.
Beliau menegaskan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang halangan.
Kenyataan itu disampaikan Pramono selepas menghadiri acara Jakarta Bersholawat sempena Maulidur Rasul dan doa kebangsaan anjuran Majelis Nurul Musthofa di kawasan Monumen Nasional (Monas), Jakarta Pusat, pada Sabtu.
Menurut Pramono, acara keagamaan seperti Jakarta Bersholawat menjadi momentum penting untuk memperkuat jiwa masyarakat dan mempererat kebersamaan warga Jakarta.
Beliau turut menyatakan bahawa Monas kini terbuka kepada semua bentuk kegiatan keagamaan merentasi pelbagai agama.
Komitmen tersebut, katanya, turut dipersetujui bersama Timbalan Gabenor Jakarta, Rano Karno, sebagai usaha memperkukuh ruang kebersamaan dan toleransi di ibu kota.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
