IPOH – Kehadiran seorang wanita Orang Asli dalam keadaan pendarahan serius ke sebuah klinik membawa kepada penemuan mayat seorang bayi di RPS Kemar, Gerik.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya menerima panggilan daripada petugas Klinik Kesihatan RPS Kemar pada kira-kira 5.30 petang berhubung kejadian itu.
Beliau berkata selepas pemeriksaan oleh pihak klinik, wanita berusia 18 tahun itu kemudiannya mengaku baru bersalin.
“Wanita itu melahirkan bayi tersebut bersendirian di rumah dan bertindak membuang bayi itu di belakang rumahnya,” katanya dalam kenyataan.
Noor Hisam berkata susulan itu polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi dan menjumpai bayi tersebut yang disahkan meninggal dunia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
