Pokok tumbang hempap kereta, dua terselamat

KUANTAN – Seorang lelaki dan wanita warga asing terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Batu 28, Ringlet, Cameron Highlands ketika dalam perjalanan menuju ke Tapah pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.09 petang.

“Kami menerima maklumat berkenaan sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Perodua Alza dan terdapat seorang lelaki dan wanita berusia 40-an yang mengalami cedera ringan.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa telah berada di luar kenderaan dan pasukan bomba telah bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan gergaji rantai serta mengalihkan pokok berkenaan ke tepi jalan,” katanya ketika dihubungi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet terlibat dalam operasi yang tamat pada 6.38 petang itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *