SHAH ALAM – Daerah Segamat, Johor sekali lagi dikejutkan dengan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gempa bumi berkenaan dikesan sekitar jam 7.29 pagi dengan kekuatan magnitud 2.7 pada skala Richter.
Pusat gegaran dikenal pasti berpusat di daratan Segamat pada kedalaman kira-kira 10 kilometer.
MetMalaysia memaklumkan, gegaran dirasai di beberapa kawasan Segamat dan sekitarnya, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan.
Setakat ini, belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda atau kecederaan susulan kejadian tersebut.
Pihak berkuasa tempatan juga memantau keadaan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.
Gegaran berulang kali sepanjang Ogos ini menimbulkan kebimbangan orang ramai meskipun kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai gempa bumi lemah.
Orang awam dinasihatkan supaya bertenang dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001