KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini, berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Berita Harian melaporkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebagai berkata, semua mereka berusia bawah 18 tahun dan akan dibawa ke mahkamah itu untuk proses pertuduhan.
“Seramai lima remaja bawah umur akan dituduh Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina,” katanya kepada BH.
Sementara itu, di sidang Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan terdapat unsur buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes kematian Zara Qairina.
Beliau berkata, semua aspek terbabit telah dikenal pasti selepas mengambil keterangan daripada 195 saksi setakat ini.
“Saya tak tolak daripada membaca tuduhan itu ada elemen buli. Ya, saya nak sebut ada elemen buli. Jelas.
“Ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah, jadi kita siasat ada elemen pengabaian,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001