PM minta pembangkang sepakat dahulu berkait peruntukan wakil rakyat

PETALING JAYA -Perikatan Nasional (PN) diminta berunding sesama mereka sebelum mahu berbincang dengan kerajaan mengenai peruntukan wakil rayat yang telah lama berlarutan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata buat masa ini Ahli Parlimen pembangkang belum mempunyai kata sepakat berhubung perkara itu.

Tegasnya, kerajaan sentiasa terbuka berbincang dan telah memberikan mandat kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof untuk berunding dengan pembangkang.

“Sekarang belum ada sepakat. Ada yang seorang nak, ada yang setuju runding dan ada yang tidak setuju berunding,” katanya dipetik FMT dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang membangkitkan mengenai isu peruntukan wakil rakyat.

Ketua pembangkang Hamzah Zainudin kemudiannya bangun dan membantah kenyataan Anwar itu.

“Saya bersedia untuk berjumpa. Tapi kalau soal peruntukan, kita telah memberikan mandat kepada Timbalan Perdana Menteri II.

“Nak bincang hal lain, saya tidak ada keberatan,” kata Anwar dalam maklum balas kepada Hamzah.

Februari lalu, Fadillah dipetik berkata hanya wakil rakyat Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menemuinya untuk berunding isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang setakat ini.

Menurutnya, disebabkan tiada pertemuan antara beliau dan Hamzah hingga kini, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi membincangkan cadangan berhubung isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Menurutnya jawatankuasa itu perlu ditubuhkan bagi meneliti sebarang cadangan pembangkang bagi menyelesaikan isu berkenaan secara lebih konsensus dan menyeluruh.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *