Hajat pegawai bank beli pikap secara atas talian tak kesampaian, RM241,700 lesap

KUALA TERENGGANU: Hajat pegawai bank ingin memiliki sebuah pikap tidak kesampaian apabila terpedaya dengan skim pembelian kenderaan dalam talian hingga kerugian RM241,700.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa lelaki berusia 52 tahun membuat laporan jam 9.37 pagi semalam di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.

Katanya, pada 4 Julai lalu jam 12.30 tengah hari ketika berada rumahnya, mangsa melayari aplikasi Facebook dan melihat iklan jualan kereta terpakai berpangkalan di Pelabuhan Barat, Port Klang, Selangor.

Mangsa berminat membeli pikap Toyota Hilux 2.4 yang diperbuat pada tahun 2017.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Lalu mangsa menekan pautan di Facebook dan terus dibawa ke WhatsApps pula kononnya bagi urusan pembelian.

“Tidak lama kemudian mangsa dilayan seorang lelaki dan mangsa kemudian memberi salinan kad pengenalan dan bayaran kepada lelaki berkenaan untuk meneruskan proses pembelian kenderaan tersebut,” katanya.

Menurutnya, bermula pada 9 hingga 21 Julai lalu mangsa telah membuat sebanyak 40 transaksi ke dalam 18 akaun bank berbeza berjumlah RM241,700.

Katanya, pihak penjual meminta bayaran tambahan RM31,000 untuk kos ‘cap jari” Kastam namun pengadu mula syak telah ditipu dan tidak membuat bayaran seterusnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hingga kini pengadu masih belum menerima pikap yang dijanjikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Azli berkata, sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *