Rayuan terhadap pembebasan Isa Samad didengar 29 Oktober ini

KUALA LUMPUR – Rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, daripada sembilan tuduhan rasuah akan didengar pada 29 Oktober ini di Mahkamah Persekutuan.

Semua tuduhan rasuah berkenaan membabitkan wang berjumlah RM3 juta yang berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching.

Tarikh pendengaran rayuan akhir itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof pada prosiding pengurusan kes yang dijalankan melalui aplikasi Zoom hari ini.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz ketika dihubungi media, semua pihak diarahkan memfailkan hujahan dua minggu sebelum pendengaran rayuan, iaitu sebelum atau pada 14 Oktober ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Perkara itu disahkan oleh peguam, Siti Sarah Khalil mewakili Mohd Isa.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan itu pada 7 Mac tahun lalu dan petisyen rayuan pada 26 Jun dengan mengemukakan 24 alasan mengapa mahkamah rayuan terkhilaf ketika membebaskan Mohd Isa.

Pada 6 Mac 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah, sebulat suara membatalkan sabitan serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021, selepas membenarkan rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Vazeer Alam dalam penghakimannya berkata, tiada bukti boleh dipercayai yang menunjukkan terdapat kod perkataan ‘salam’ (yang mengaitkan dengan tuduhan rasuah) antara Mohd Isa dengan bekas pegawai khasnya ketika itu, Muhammad Zahid Md Arip.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 2018, Mohd Isa, 75, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui Muhammad Zahid sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Persiaran KLCC, di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *