Doktor Malaysia maut ketika daki Dolomites di Itali

PETALING JAYA – Seorang doktor dari Malaysia ditemui maut dipercayai terjatuh dari tebing ketika mendaki pergunungan Dolomites di Itali.

Dr Khaw Bee Ling, 60, pakar perubatan dari Metro Specialist Hospital di Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang 18 Julai lalu ketika mendaki di Croda del Becco, gunung terletak antara Ampezzo dan Braies Dolomites.

Buletin TV3 melaporkan beliau mendaki bersama seorang rakan, sebelum mereka memutuskan untuk berpisah haluan, dengan Khaw meneruskan pendakian ke puncak, manakala rakannya berpatah balik.

Pada satu ketika, Khaw sempat menghantar mesej kepada rakannya memaklumkan beliau sesat dan memerlukan bantuan, tetapi tiada sebarang komunikasi diterima selepas itu.

Rakannya menghubungi pihak berkuasa yang melancarkan operasi pencarian Khaw menggunakan helikopter, dron, anjing pengesan dan beberapa pasukan penyelamat gunung.

Mayatnya ditemui sebuah helikopter di dasar tebing dan tersepit di celah batu keesokannya, iaitu 19 Julai.

Pihak berkuasa percaya Khaw tersasar dari laluan ditanda dan tergelincir di kawasan berbatu curam serta licin, lalu terjatuh dari ketinggian hampir 100m.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *