Polis serbu perjumpaan LGBT berasaskan risikan, bukti sah

KOTA BHARU – Polis Kelantan menegaskan serbuan yang dilakukan di sebuah banglo terhadap perjumpaan LGBT bulan lalu adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sah, tanpa sebarang niat diskriminasi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata ketika serbuan dilakukan tiada wakil penganjur dari badan bukan kerajaan (NGO) atau kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi berkenaan.

Malah, katanya, tiada sebarang maklumat yang menunjukkan program berkenaan mendapat kelulusan atau pemantauan daripada mana-mana pihak berautoriti.

“Maklumat yang diterima oleh PDRM Kelantan mendapati satu perjumpaan dan pesta gay akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Hasil risikan dan temubual awam yang dijalankan oleh Pasukan Task Force PDRM Kelantan, jemputan itu dilakukan melalui WhatsApp dalam kumpulan tertentu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kandungan jemputan itu antara lain bertulis “Program Gathering Komuniti Majlis Malam Mesra Komuniti & Santai-Santai” dan acara untuk jemputan itu adalah “Chil-chil membawang dan makan-makan”,” katanya.

Beliau berkata, hasil risikan polis juga mendapati, kandungan jemputan itu tidak menyatakan pembabitan atau penganjuran daripada mana-mana badan rasmi seperti NGO, Klinik Kesihatan atau KKM.

“Susulan itu pada hari kejadian, Pasukan Task Force memantau di kediaman berkenaan sejak jam 5 petangdan sekitar jam 8 malam kehadiran pengunjung meningkat lebih kurang 100 orang.

“Sekitar jam 11 malam, didapati majoriti pengunjung sudah meninggalkan lokasi terbabit. Pasukan serbuan sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan hanya menjalankan tindakan sekitar 1 pagi bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa risiko kepada keselamatan awam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Semasa serbuan dijalankan, pihak polis mendapati seramai 20 orang lelaki berada di premis berkenaan dan mereka mengaku merupakan komuniti gay. Polis juga menemui ratusan kondom dan beberapa kotak ubat HIV dalam bilik premis terbabit.

“Hasil dokumentasi yang kita jalankan terhadap 20 lelaki dengan 18 daripadanya berasal dari Kelantan dan masing-masing satu dari Perak serta Terengganu,” katanya.

Beliau juga berkata, hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit kesemua mereka ini mendapati tiga daripada mereka memiliki video lucah membabitkan hubungan sesama jenis.

“Sebahagian daripada mereka juga mengaku pernah membabitkan diri dalam aktiviti seks sejenis. Ketiga-tiga lelaki yang memiliki bahan lucah berkenaan sudah dituduh mengikut Seksyen 292 kanun keseksaan dan sudah mengaku bersalah.

“Tujuan utama PDRM (melakukan serbuan) adalah menjaga ketenteraman awam dan juga nilai moral masyarakat.

“Pihak polis berharap penjelasan ini dapat menepis kekeliruan serta spekulasi yang tular. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keharmonian negeri ini,” katanya.

Semalam media melaporkan, KKM mengesahkan program yang diserbu polis Kelantan bulan lalu sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.

Pengesahan itu dibuat menerusi jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaman X rasminya, sebagai respon kepada hantaran yang memintanya mempertahankan program kesedaran HIV itu.

Bagaimanapun, kementerian tidak mengulas mengenai operasi yang dijalankan oleh pihak polis.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *