KUALA LUMPUR – Kumpulan SumiSaujana Berhad (SumiSaujana) menerusi anak syarikat milik penuhnya, SumiSaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. (SSTCM), telah dianugerahkan kontrak oleh Sarawak Shell Berhad untuk Projek Rosmari & Marjoram di Bintulu, Sarawak.
SumiSaujana berkata ia melibatkan kerja-kerja penyediaan Bahan Kimia Khusus dan perkhidmatan berkaitan pembangunan gas air dalam strategik yang akan dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad.
Projek itu juga turut melibatkan kepentingan penyertaan dipegang oleh PETRONAS Carigali Sdn Bhd, TotalEnergies dan E&P Venture Malaysia Sdn Bhd.
“Projek berskala besar ini termasuk pembinaan kemudahan dasar laut dalam, platform luar pesisir yang dikendalikan dari jauh dan loji gas darat,” kata SumiSaujana.
Di bawah kontrak itu, ia akan memberikan rumusan keseluruhan yang komprehensif untuk bahan kimia khusus termasuk, penyeliaan teknikal, tenaga kerja, logistik, dan semua sumber dan perkhidmatan yang diperlukan.
Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana, Norazlam Norbi berkata, pihaknya berbesar hati dipilih oleh Sarawak Shell Berhad sebagai rakan kongsi penyelesaian kimia yang dipercayai untuk Projek Rosmari & Marjoram.
“Anugerah ini mencerminkan keupayaan kami dalam menyampaikan teknologi kimia kimia berprestasi tinggi yang boleh dipercayai untuk operasi huluan, dan ia mengukuhkan rekod prestasi kami dan kekal komited dalam menyokong projek air dalam yang selamat. cekap, dan mengikut piawaian industri tertinggi,” katanya.
Kontrak lima tahun itu dijangka menyumbang secata positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh itu dan tiada sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan syarikat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001