3 peserta himpunan antirasuah di Sabah bebas dengan jaminan polis

PETALING JAYA – Tiga peserta himpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 yang ditahan polis dibebaskan malam tadi.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Kasim Muda berkata, ketiga-tiganya dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 8 malam Selasa.

“Pada peringkat awal kita ambil kenyataan berkaitan kes khianat dan tiada tangkapan dibuat.

“Selepas jam 1 tengah hari, barulah tangkapan dilakukan bersabit kes hasutan dan pembakaran,” katanya dipetik Sinar Harian susulan dakwaan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) bahawa polis menafikan penahanan itu.

Kasim turut menafikan dakwaan pihak berkuasa bertindak agresif.

Terdahulu, Sekretariat Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 mendakwa koordinatornya, Fadhil Kassim dan Aliff Danial bersama aktivis, Sabir Syarifuddin ditahan di IPD Kota Kinabalu semalam.

Mereka mendakwa polis bertindak agresif sebelum ditahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.

Suara Mahasiswa menyifatkan penafian Kasim berhubung penahanan dua mahasiswa sebagai mengelirukan orang ramai.

Lebih 100 peserta menyertai perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 di Kota Kinabalu yang dilaporkan bermula kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu dan berterusan sehingga jam 11 pagi Ahad lalu.

Perhimpunan itu diadakan bagi menggesa tindakan diambil terhadap Jabatan Air Sabah, tetapi ia berakhir dengan pembakaran karikatur Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *