Tiada rakyat Malaysia terjejas di Qatar

KUALA LUMPUR – Wisma Putra memaklumkan, setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas susulan insiden keselamatan yang berlaku di Qatar.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, keselamatan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kerajaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Doha terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan serta rakyat Malaysia yang berdaftar di sana, selain memantau perkembangan semasa.

“Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan keselamatan tempatan serta berhubung dengan Kedutaan untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini,” jelas Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam masa sama, ahli keluarga terdekat rakyat Malaysia di Qatar yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Wisma Putra.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Doha Qatar memaklumkan, ruang udara Qatar telah dibuka semula.

Wisma Putra turut memaklumkan, rakyat Malaysia yang merancang untuk melakukan perjalanan dinasihatkan untuk menyemak maklumat terkini mengenai status penerbangan masing-masing bagi memastikan kelancaran perjalanan.

“Rakyat Malaysia yang masih berada di Qatar dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mengikuti perkembangan semasa melalui sumber yang sahih serta mematuhi arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Qatar.”

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *