Oleh: Abd. Ghaffar Daud
RANTAU PANJANG – Seramai 18 mangsa banjir tahun lepas, menerima bantuan ihsan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Mereka adalah 13 guru dan lima kakitangan Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP).
Mereka menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Pengurus YaPEIM Wilayah Timur, Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh bagi meringankan kerugian yang ditanggung akibat kerosakan barangan keperluan akibat banjir.
Sementara itu, Mudir MMRP, Shafie Abdullah ketika ditemui pada majlis itu berkata, banjir yang melanda jajahan itu tahun lalu dikatakan lebih teruk berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, kalau sejarah merekodkan banjir tahun 1967 adalah bah paling besar di jajahan Rantau Panjang, namun tahun lepas dianggap lebih teruk dan terburuk.
“Kawasan Simpang Empat Salam di Gual Tinggi sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, tetapi sejak tahun 2022 kawasan itu dinaiki air hampir 0.6 meter.
“Bagaimanapun, dalam kejadian banjir tahun lalu, air naik semakin tinggi hingga mencecah paras pinggang orang dewasa,” katanya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Seorang mangsa banjir, Hassan Setapa dari Kampung Gual To’ Deh berkata, beliau tinggal di kawasan rendah dan berdepan dengan bencana itu sejak tahun 2022 hingga tahun lepas.
Katanya, dalam kejadian itu, rumahnya ditenggelami air hingga paras bumbung.
“Tiga tahun berturut-turut rumah saya ditenggelami banjir menyebabkan kami sekeluarga menanggung kerugian besar kerana semua barangan dalam rumah rosak,” katanya yang merupakan kakitangan MMRP.
Jelas Hassan lagi, rumahnya termasuk penduduk di situ berdepan dengan banjir besar disebabkan perancangan tebatan banjir projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
