‘Saya tak terbabit politik sepanjang 38 tahun dalam PDRM,’ kata KPN

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terlibat dalam politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam pasukan itu.

Mula menjalankan tugas itu hari ini, Khalid berkata perkara terbabit juga telah disahkan Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh menerusi kenyataan media, semalam.

“Selama 38 tahun dalam PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya mengesahkan syarikat media yang membuat kesilapan itu menerusi satu infografiknya telah memohon bertemu dengannya.

“Saya berharap hubungan rapat dan akrab perlu diteruskan antara polis bersama wartawan kerana ia menjadi pokok utama memberikan laporan terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi kerajaan,” katanya lapor FMT ketika ditemui media selepas majlis perhimpunan Kementerian Dalam Negeri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, akhbar tempatan itu memohon maaf dengan menjelaskan mendapati kesilapan itu berpunca daripada tindakan seorang staf di Unit Media Sosial.

Kakitangan itu dikatakan menggunakan templat reka bentuk lama, yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sebelum ini, yang menjadi ahli PKR dan bekas ketua PKR Kedah.

Khalid, sebelum ini menjadi pengarah Cawangan Khas, dinamakan sebagai ketua polis negara baharu pada Jumaat, menggantikan Razarudin Husain, yang kontrak dua tahunnya tamat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *