TPM Fadillah tiba di Uzbekistan untuk lawatan kerja rasmi

TASHKENT – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di sini, awal pagi Sabtu bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau di Uzbekistan.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, disambut oleh Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan, Azizkhoja Qobilov.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Malaysia di Uzbekistan, Ilham Tuah Ilias.

Fadillah dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, serta mesyuarat bersama Menteri Tenaga Uzbekistan, Jurabek Mirzamakhmudov.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau turut dijadualkan menyampaikan ucaptama, yang antaranya menyentuh amalan terbaik serta inovasi Malaysia dalam perkhidmatan awam, pada Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 di Samarkand.

Timbalan Perdana Menteri berada di Uzbekistan sehingga 24 Jun sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rusia sehingga 28 Jun. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *