TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan pelantikan Majid Khademi sebagai Ketua Bahagian Perisikan yang baharu, menggantikan Mohammad Kazemi yang terkorban dalam serangan udara Israel ke atas Iran minggu lalu.
Menurut laporan agensi berita Fars dan disahkan oleh RIA Novosti, semalam, Khademi kini memegang jawatan tertinggi dalam Organisasi Perisikan IRGC selepas kehilangan tragik yang menimpa barisan kepimpinannya.
Pada 15 Jun lalu, IRGC mengumumkan pemergian tiga komander kanan bahagian perisikan termasuk Ketua Perisikan, Mohammad Kazemi, Timbalannya, Jeneral Hassan Mohaqeq dan Jeneral Mohsen Bagheri yang maut dalam serangan udara Israel ke atas kawasan kediaman di Tehran.
Pelantikan Khademi dilihat sebagai langkah segera dalam memastikan kesinambungan struktur keselamatan dan perisikan IRGC di tengah-tengah konflik yang semakin meruncing antara Iran dan Israel. – Agensi
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001