Mayat tanpa identiti ditemukan tergantung di Felda Gunung Besout 2

TANJUNG MALIM – Polis menemukan mayat tanpa identiti tergantung pada sebatang pokok dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu dari orang awam yang sedang mencari lembu ternakannya sekitar jam 5.13 petang.

Menurutnya, jarak tempat kejadian dengan jalan utama kira-kira 10 meter.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati mayat tersebut ditemukan dalam keadaan tergantung tanpa pakaian, reput dan tidak menjumpai sebarang identiti,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, polis juga menemukan baju dalam wanita di dalam parit, sepasang selipar berwarna biru bersaiz 40 berhampiran lokasi kejadian dan di leher mayat terdapat thali, disyaki rantai ikatan perkahwinan kaum India.

Menurutnya, mayat telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperolehi.

Sehubungan itu, katanya, polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara, rakan atau kenalan, agar dapat tampil membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *