Selepas hina si mati, tiba-tiba mengaku dirinya gila

MACAM-MACAM hal dunia sekarang ni. Ketika ahli keluarga, sanak saudara dan rakyat berduka dengan insiden meragut 15 nyawa anak-anak pendidik UPSI, tiba-tiba muncul seorang manusia yang mengaku gila, telah menghina kematian penuntut-penuntut itu.

Anehnya, selepas menghina, dia tampil mengaku dia gila. Hilang ingatan dan mental tak betul. Pelik juga, orang gila boleh menulis dengan betul, ayat-ayat penghinaannya disusun dengan baik sekali, hingga sesiapa bacanya boleh faham dan tersangat jelas kefahamannya.

Logikkah orang gila boleh menulis dengan baik ketika dia hilang ingatan? Alangkah mudahnya hidup, bunuh orang kemudian isytihar dirinya gila, tak sedar menikam atau mencekik mangsa.

Alangkah senangnya hidup, hina anak-anak warga pendidik, sedangkan dia juga seorang pendidik, kemudian tampil mengaku dirinya gila. Boleh ke begitu? Ketika menulis tak gila, selepas kena kecam baru mengaku gila?

Tersangat sedih dengan isu ini. Nak jadi penghukum pun, tengoklah isu atau kes. Nak tuduh mangsa berhutang pun tengok-tengoklah keadaan. Mereka masih belajar. Sedangkan, hutang perlu dibayar sebaik mereka bekerja dan ada gaji tetap.

Bukan mereka liat nak bayar hutang. Mereka masih menuntut. Duit pinjaman PTPTN tu pun digunakan untuk pembelajaran, bukan joli sana sini hingga lupa anak bini. Mereka masih belajar. Tak adil kata mereka berhutang dan kalau mati tak cium bau syurga.

Anda yang mengaku gila pun belum tentu masuk syurga. Sebab orang gila tak akan mengaku dirinya gila, melainkan mengatakan orang sekelilingnya gila. Dan orang gila dia tak menuduh orang lain. Bila bercakap, dia meracau, merapu. Bukan macam cikgu, gila, tapi boleh bercakap dengan elok, boleh menulis dengan baik. Gila pesen apakah ini?

Jadi, elok sangatlah polis buka kertas siasatan terhadap cikgu Khalid Yunus tu. Bawa dia ke muka pengadilan. Nak cop dia sebagai gila pun, kena tengok gila dia tu dalam kategori mana.

Ya, gila ni ada macam-macam kategori. Gila cakap meracau. Gila kerana menurut suara ghaib, gila tak bercakap dengan orang, dia dengan hal dia saja. Macam-macam gila. Cuma gila cikgu Khalid ni, gila pelik. Boleh pulak mengaku dia gila.

Selalunya, status gila ni diumumkan atau disahkan oleh pakar. Tapi, yang ni belum rujuk kepada pakar, dah awal-awal mengaku kata dia gila. Gila betul. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *