MANCHESTER, England – Masa depan Jack Grealish di Manchester City semakin tidak menentu selepas pemain antarabangsa England itu digugurkan daripada skuad kendalian Pep Guardiola bagi saingan Piala Dunia Kelab.
Walaupun City hanya menyenaraikan 27 pemain daripada maksimum 35 bagi kejohanan yang akan bermula di Amerika Syarikat pagi Ahad ini, Grealish tidak tersenarai bersama bekas kapten Kyle Walker.
Semua empat pemain baharu City yang ditandatangani minggu ini – Rayan Ait-Nouri, Rayan Cherki, Tijani Reijnders dan Marcus Bettinelli – disenaraikan ke dalam skuad.
Pemenang Ballon d’Or, Rodri turut tersenarai selepas kembali beraksi daripada kecederaan lutut jangka panjang sebelum musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir baru-baru ini.
Grealish, yang masih kekal sebagai pembelian termahal City selepas perpindahan bernilai £100 juta (RM574 juta) dari Aston Villa pada tahun 2021, semakin tersisih dalam skuad utama sepanjang dua musim lalu.
Dia hanya memulakan tujuh aksi EPL dalam kempen 2024-25 dan sekadar memanaskan bangku simpanan ketika City tewas 0-1 di tangan Crystal Palace pada final Piala FA bulan lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu masih berbaki dua tahun dalam kontraknya bersama City dan gaji dilaporkan sebanyak £300,000 (RM1.7 juta) seminggu menjadi penghalang kepada mana-mana kelab yang ingin mendapatkannya.
Guardiola sebelum ini memberi amaran beliau mungkin akan meninggalkan kelab sekiranya saiz skuad tidak dikurangkan sebelum musim baharu bermula.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Grealish dijangka menjadi antara beberapa pemain yang akan meninggalkan kelab selain Walker.
Walker, 35, dipinjamkan ke AC Milan bagi separuh kedua musim lalu, namun kelab gergasi Itali itu tidak membuat pilihan untuk membelinya secara tetap.
City akan memulakan kempen Piala Dunia Kelab menentang kelab Maghribi, Wydad Casablanca di Philadelphia pertengahan minggu depan sebelum menentang Al-Ain dari Emiriah Arab Bersatu dan Juventus. – AFP
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
