Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Raya Aidiladha

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah.

“Jadikan semangat pengorbanan ini terus menyatukan rakyat dalam keharmonian, kasih sayang dan nilai kemanusiaan sejagat,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha hari ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *