KUALA LUMPUR – MN Holdings Berhad (MN Holdings), mengumumkan keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi suku ketiga berakhir 31 Mac lalu meningkat 244 peratus kepada RM22.62 juta, berbanding RM6.58 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam tempoh tersebut, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM127.42 juta, peningkatan ketara sebanyak 149 peratus daripada RM51.11 juta pada S3 TK2024.
Peningkatan keseluruhan dalam hasil disumbangkan terutamanya daripada segmen kejuruteraan pencawang, yang meningkat sebanyak 248 peratue daripada RM27.91 juta pada S3 TK2024 kepada RM97.09 juta pada S3 TK2025.
Prestasi operasi yang kukuh ini diterjemahkan kepada keuntungan selepas cukai (“PAT”) sebanyak RM16.69 juta pada S3 TK2025, lebih tiga kali ganda daripada RM4.84 juta yang dicatatkan pada S3 TK2024.
Manakala pendapatan asas sesaham meningkat kepada 3.01 sen, meningkat daripada 1.12 sen pada S3 TK2024.
Bagi sembilan bulan berakhir 31 Mac 2025, Kumpulan telah mencapai prestasi kewangan yang kukuh, dengan hasil mencecah RM356.01 juta, peningkatan 96 peratus yang ketara daripada RM181.18 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pengarah Urusan MN Holdings Datuk Clement Toh berkata, prestasi syarikat pada suku tersebut mencerminkan pelaksanaan berdisiplin dan keupayaan mendalam merentasi segmen infrastruktur utama.
“Dengan permintaan berterusan untuk projek berkaitan tenaga, daripada pengagihan kuasa kepada pusat data dan kemudahan tenaga boleh diperbaharui, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyampaikan nilai dan memenuhi keperluan infrastruktur Malaysia yang semakin berkembang,” katanya.
Pada 31 Mac 2025, MN Holdings mencatatkan kedudukan kewangan yang teguh, dengan aset bersih sesaham pada RM0.32 dan tunai serta pelaburan jangka pendek berjumlah RM73.94 juta.
Manakala buku pesanan terkumpul Kumpulan berjumlah kira-kira RM1,097 juta, memberikan keterlihatan hasil yang jelas dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang.
Pada 27 Mei 2025, Kumpulan mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 0.10 sen sesaham, mencerminkan keyakinan Lembaga Pengarah terhadap prestasi konsisten Kumpulan dan trajektori pendapatan positif.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001