3 anggota tentera belasah pencuri motosikal sampai mati

JAKARTA – Tiga anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ditangkap kerana didakwa memukul seorang lelaki sehingga meninggal dunia, lapor laman berita Tirto.

Ketiga-tiga suspek ditahan oleh Polis Tentera di Pulau Bali selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada keluarga mangsa.

“Ketika ini, ketiga-tiga suspek sudah ditangkap dan didakwa membelasah mangsa sehingga mati. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Tentera,” kata Ketua Penerangan Wilayah Tentera IX/Udayana, Kolonel Chandra.

Menurut Chandra, abang mangsa yang hanya dikenali sebagai GKY, memberitahu bahawa adiknya, KJ, meninggal dunia ketika dirawat di hospital di Buleleng.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dia turut menyebut nama tiga anggota berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan mencuri dan menjual motosikal milik ibu bapa salah seorang suspek bagi mendapatkan wang untuk berjudi.

Disebabkan itu, tiga anggota TNI terbabit memukul mangsa sehingga dia meninggal dunia.

Namun, Chandra berkata, ketika ini, motif sebenar dan kronologi lengkap kejadian masih dalam siasatan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut meminta agar orang ramai menaruh sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap anggota tentera dalam kes itu. – AGENSI 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *