DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata sistem perkhidmatan dalam talian DBKL memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak membabitkan sebarang tuntutan wang.

“Memang ada gangguan sistem tapi tidak ada kaitan dengan wang (tebusan) daripada sesiapa.

“Sebanyak 39 sistem yang bermasalah sudah kembali normal sejak 1 Mei lalu, seperti sistem e-perumahan, e-lesen, e-aduan dan e-tempah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya setakat ini tidak menerima laporan berhubung tuntutan berkenaan.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan seorang Ahli Parlimen mendakwa sistem perkhidmatan dalam talian DBKL digodam dan penggodam berkenaan menuntut tebusan berjumlah RM236.17 juta.

Menurut laporan itu, Ahli Parlimen tersebut memaklumkan beliau menerima maklumat terbabit daripada individu yang dipercayainya sebagai sumber yang boleh diharap dan yakin bahawa insiden berkenaan benar-benar berlaku. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *