Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna

IMOLA (Itali) – Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kemenangan pemandu Red Bull itu menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut Oscar Piastri, yang juga pendahulu kejuaraan, dan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Rakan sepasukan McLaren, Lando Norris, menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Piastri, yang bermula dari petak pertama, mendapat permulaan baik untuk mengekalkan kedudukannya, sementara Verstappen bergelut dan hampir kehilangan tempat kedua kepada George Russell daripada pasukan Mercedes.

Namun, apabila Piastri kehilangan momentum, Verstappen berjaya memintas Russell dan melakukan gerakan hebat pada pusingan pertama untuk memintas pemandu McLaren itu di selekoh kedua.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dua kereta McLaren sukar merapatkan jurang dengan Verstappen, yang turut bernasib baik apabila melakukan hentian pit pertamanya semasa fasa kereta keselamatan maya, tanpa kehilangan kedudukan pendahulu.

Kemenangan terakhir Verstappen adalah di Grand Prix Jepun pada April. Piastri telah memenangi empat perlumbaan tahun ini, manakala Norris mencatatkan satu kemenangan.

Grand Prix Monaco yang penuh glamor pada 25 Mei adalah perlumbaan seterusnya dalam jadual F1. -BERNAMA-dpa

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *