Anggota FRU maut kemalangan: 9 disah maut setakat 1 tengah hari – Polis

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut akibat kemalangan antara trak dinaiki mereka dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Bakri Zainal Abidin berkata sehingga jam 1 tengah hari tadi, lapan anggota FRU maut di lokasi kejadian.

Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau turut mengesahkan seorang anggota FRU maut ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Teluk Intan.

Ketika ini, dua anggota yang cedera parah sedang dirawat di Zon Merah Hospital Teluk Intan, manakala tujuh yang lain mengalami kecederaan.

Manakala pemandu lori batu kerikil telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Terdahulu, berlaku kekeliruan angka korban sebenar yang dikemas kini oleh beberapa pihak berkuasa.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Hussin mengarahkan siasatan terperinci dilakukan polis Kontinjen Perak berhubung nahas membabitkan anggota FRU.

Menurut beliau, siasatan perlu dilakukan secara adil dan telus berlandaskan undang-undang.

“Susulan kemalangan yang berlaku, saya sudah hubungi Ketua Polis Perak bagi siasatan terperinci dilakukan mereka.

“Kami jamin kebajikan semua anggota yang terkesan dengan insiden ini diberi bantuan sebaiknya,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci nahas yang mengorbankan anggota mereka.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *