Tiada perbincangan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah – PM Anwar

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak dibincangkan dalam pertemuannya dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.

Anwar berkata, keputusan mengenai pembubaran DUN Sabah terletak sepenuhnya kepada Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

“Perbincangan tertumpu kepada isu-isu berkaitan pembangunan Sabah dan usaha mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya kepada pemberita di Istana Seri Kinabalu.

Beliau berkata, perbincangan itu menyentuh pelbagai sektor, termasuk minyak dan mengambil kira input daripada pemimpin negeri, dengan tujuan menangani kebimbangan utama serta mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ini merupakan kunjungan hormat pertama Anwar ke atas Musa sejak pelantikannya sebagai Yang Dipertua Negeri.

Spekulasi berhubung kemungkinan pembubaran awal muncul susulan pertemuan antara Perdana Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *